Tips Bayi Kembung Perut

Bayi Kembung Perut

Bayi akan menangis jika mengalami kerengsaan akibat angin dalam perut atau kembung dan keadaan ini berulang setiap hari, biasanya pada lewat petang atau awal malam.
Punca sebenar kembung perut tidak diketahui tetapi antara faktor yang mungkin menyebabkannya ialah:
  • sistem penghadaman bayi yang belum matang, hormon dalam susu ibu dan pengambilan susu secara berlebihan. Masalah ini lebih kerap dialami bayi baru lahir berusia antara 2 minggu dan 6 bulan tetapi boleh berterusan hingga mereka berusia 2 tahun atau lebih.
  • Untuk memastikan sama ada bayi mengalami sakit perut akibat angin atau kembung, ibu bapa perlu memeriksa samaada perut bayi lebih keras atau lebih tegang daripada biasa, kelihatan menggelembung atau mengeluarkan bunyi lompong apabila diketuk dengan jari.  Bagaimana cara untuk menenangkan bayi yang mengalami sakit perut akibat angin atau kembung dan menghentikan tangisannya? Anda boleh mencuba beberapa cara yang dipercayai oleh ibu dan sudah terbukti dapat meredakan kesakitan dan tangisan bayi.
  • Bayi menelan angin apabila menghisap susu menyebabkan angin berkumpul dalam perut dan menimbulkan kerengsaan.Cuba sendawakan bayi setiap kali anda menukar puting jika anda menyusukan bayi atau selepas bayi menghisap dua hingga tiga auns susu formula bagi bayi yang menyusu botol.
Ibu bapa perlu berlatih menggunakan kaedah-kaedah berikut untuk mensendawakan bayi :
  • Tiarapkan bayi dengan meletakkan perutnya di atas lutut anda dan gosok belakangnya dengan lembut sambil menghayun atau mengenjut lutut anda perlahan-lahan.
  • Dakap bayi menggunakan sebelah tangan dengan meletakkan kepalanya ke bahu anda dan tepuk belakangnya perlahan-lahan dengan sebelah tangan lagi.
  • Telentangkan bayi, angkat kakinya dan kayuhkan ke depan dan ke belakang seperti mengayuh basikal hingga lututnya rapat ke perut.
  • Dudukkan bayi di atas pangkuan. Angkat kepala bayi dan tepuk belakangnya.
  • Pegang bayi dalam keadaan tertiarap di bawah lengan dengan kepalanya di atas tapak tangan anda.
  • Bawa bayi anda bersiar-siar di taman
  • Tukar pemakanannya. Cuba kurangkan makanan yang boleh menyebabkan angin atau mengembungkan perut bayi.
  • Tuam atau tekap perut bayi dengan kain hangat atau botol air hangat
  • Dukung bayi sambil mendodoi atau menyanyi perlahan.

Tips Pemilihan Pakaian Bayi

Panduan Memilih Pakaian Bayi

         Kulit bayi adalah paling sensitif selain lebih nipis, kurang pigmentasi dan mempunyai kadar kelebatan kelenjar peluh yang tinggi. Keadaan ini secara tidak langsung menyebabkan kulit bayi mudah terpengaruh dengan rangsangan dan panas matahari. Oleh yang demikian, ibu bapa perlu berhati-hati ketika membeli pakaian dan secara tidak langsung perlu tahu bagaimana hendak memilih pakaian bayi agar kulitnya kekal sihat dan lembut.

          Untuk memilih baju, ia tidak hanya bergantung kepada corak dan warna baju. Ciri-ciri mudah dipakai, mudah ditanggalkan dan fabrik daripada jenis yang membolehkan bayi menyesuaikan suhu badannya dengan baik harus diberikan perhatian. Elakkan daripada menggunakan sebarang serbuk biologi atau pelembut kain ketika mencuci pakaian bayi kerana dikhuatiri akan merengsa kulit bayi yang sensitif dan lembut itu.

Beberapa ciri-ciri yang harus dijadikan panduan untuk memilih baju bayi adalah seperti berikut:

1.   Kain daripada kapas 
  • membantu menjaga kesihatan kulit bayi.
  • melindungi kulit bayi daripada kerengsaan disebabkan sentuhan atau geselan. 
  • mudah menyerap peluh dan sesuai dipakai ketika cuaca panas.
  • Ketika musim hujan pula, kain kapas membantu tubuh bayi kekal hangat.
2.   Pilih saiz yang sesuai
  • Bayi sepatutnya memakai saiz new born 
  • sekiranya bayi anda dilahirkan besar, sebaik-baiknyanya pilih saiz pakaian bayi berusia satu hingga enam bulan.
  • seelok-eloknya beli pelbagai saiz untuk menyesuaikan dengan pembesaran bayi. Ini kerana bayi cepat membesar.
  • Jangan pakaikan bayi dengan pakaian besar kerana ini membuatkan si kecil sukar bergerak dan kelihatan besar.
3.   Elakkan baju bertali 
  • Hindarkan memilih pakaian bayi yang perlu diikat. 
  • Pilih baju yang berbutang pada bahagian depan kerana ia lebih mudah untuk anda memakaikannya.
4.   Berleher lebar 
  • Pilih pakaian yang berleher lebar atau bulat supaya kepala bayi dapat masuk dengan mudah menerusinya dan berlengan lebar.
5.   Butang 
  • Baju yang mempunyai butang di bahagian hadapan sesuai dan mudah dipakai sepanjang enam bulan pertama usia bayi.
  • Manakala baju yang mempunyai butang pada bahagian bawah seperti rompers memudahkan kerja menukar baju dan lampin.

Tips Penjagaan Pakaian Bayi

Penjagaan Pakaian Bayi

1.   Asingkan pakaian 
  • Jangan campur pakaian anda dengan pakaian bayi ketika membasuh.
  • untuk mengelakkan bakteria pada pakaian dewasa terkena pakaian bayi anda.Ini menjamin kebersihan sekali gus menjamin kesihatan kulit bayi anda.
2.   Guna sedikit sabun 
  • Basuh pakaian bayi menggunakan sedikit sahaja sabun.Sabun yang terlalu banyak digunakan menyebabkan kulit bayi merengsa.
3.   Cara basuhan tangan
  • Elakkan memberus terlalu kuat.Sebaiknya anda gosokkan dengan tangan sahaja dan ketika membilas pastikan benar-benar bersih dan bebas daripada sabun untuk mengelakkan sebarang kerengsaan apabila dipakai semula oleh bayi.
4.  Cara basuhan mesin 
  • Gunakan program basuhan lembut. Program basuhan biasa boleh merosakkan pakaian bayi dan sebaiknya usah guna cecair pemutih kerana ada bahan kimia yang boleh menyebabkan kulit bayi merengsa.



Thank you for stopping by


Dalili Collections . . . .




Here are the baby products and children branded with a very reasonable price.


No minimum purchase requirement.

No time limit condition.

Everyday delivery (except Saturday, Sunday and Public Holiday)





Terima kasih kerana singgah di


Dalili Collections . . . .


Disini terdapat barangan bayi dan kanak-kanak berjenama dengan harga yang sangat berpatutan.

Tiada syarat pembelian minimum ditetapkan.

Tiada syarat masa ditetapkan.

Penghantaran setiap hari (kecuali Sabtu, Ahad dan Cuti Umum)


*** click older post for more view / klik older post untuk lihat lebih banyak lagi



Glitter Words - http://www.glittertextgraphics.com

Order form / borang tempahan

Name:
Email Address:
Contact number:
List of order:
Full Delivery Address:
payment method :

This HTML form was created by Freedback.
spring comments - http://www.springtext.com

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...